Sungguh pantas masa berlalu. Tahun 2015 baru saja meninggalkan kita.
2016 kini membuka tirainya.
Sejujurnya, biar saya katakan bahawa saya tidak punyai azam baharu tahun ini. Ya, tidak ada sesuatu yang lebih besar ingin saya lakukan melainkan satu istilah yang saya sebutkan sebagai 'istiqamah'. Istiqamah untuk menghadapi tahun 2016 dengan teratur dan konsisten.
Berazam untuk istiqamah sudah pun saya tanamkan pada diri sendiri sejak tahun-tahun lepas, tetapi nampaknya perlu diperbaharui. Kerana itu saya tidak katakan ia sebagai azam baharu, tetapi mungkin azam yang diberikan nafas baharu.
Mulakan dengan niat untuk berubah menjadi baik daripada tahun-tahun yang sudah. Niat yang baik serta amalan yang baik adalah lebih baik lagi jika dilakukan dengan istiqamah.
Pesan pada diri, melakukan sesuatu perkara walaupun sedikit atau kecil adalah lebih baik jika dilakukan secara berterusan, berbanding melakukan sesuatu yang banyak tetapi hanya sekali-sekala atau bermusim.
Moga-moga yang baik itulah menjadi amalan seharian kita. Insya-Allah.
Sempena tahun baharu ini, saya petik sebuah karya puisi saya yang pernah tersiar.
LEMBAR-LEMBAR BAHARU
(BH Ahad, 8 Februari 2015)


Tiada ulasan:
Catat Ulasan