11 Ogos 2008



PANTUN MALAS SEMBAHYANG


Apasal la, aku belum terfikir nak bentang sejadah

hidup senang rezeki datang melimpah,

nak dirikan sembahyang rakan baik setan suruh lengah-lengah,

Atau nak tunggu Allah tarik nikmatku

sampai menangis keluar air mata darah

Untuk diriku dan kawan-kawanku yang tersayang...


Apasal la aku malas sembahyang,

Tuhan kasi aku jasad siap dengan bayang-bayang,

Bukan ke lebih beruntung daripada tiang,

Berdiri tanpa roh malam siang...


Apasal la aku malas sembahyang,

Kerja dah best keluarga pun dah senang,

negara pun dah aman tidak lagi hidup berdagang,

takkan lima minit lima waktu aku tak boleh luang..


Apasal la aku malas sembahyang,

Tuhan kasi otak supaya aku tak bangang,

Tuhan kasi ilmu boleh fikir susah senang,

Tuhan kasi nikmat kenapa aku tak kenang...


Apasal la aku malas sembahyang,

Main bola aku sanggup sampai petang,

Beli tiket konsert aku sanggup beratur panjang,

Apa la aku ingat masuk syurga boleh hutang...?


Apasal la aku malas sembahyang,

Aku kena ingat umur kita bukannya panjang,

Pagi kita sihat petang boleh kejang,

Nanti dalam kubur kena balun sorang-sorang....


Apasal la aku malas sembahyang,

siksa neraka cuba la aku bayang,

Perjalanan akhirat memang terlalu panjang,

Janji Allah Taala akan tertunai tak siapa boleh halang!!!


(Sekadar renungan...

Tapi, kalau ada terasa, bagus la...)

RIAK MEMUSNAHKAN PAHALA

Syidadbin Ausi berkata, "Suatu hari saya melihat Rasulullah S.A.W sedangmenangis, lalu saya pun bertanya beliau, Ya Rasulullah, mengapa andamenangis?

"SabdaRasulullah S.A.W, "Ya Syidad, aku menangis kerana khuatir terhadapumatku akan perbuatan syirik, ketahuilah bahawa mereka itu tidakmenyembah berhala tetapi mereka berlaku riak dengan amalan perbuatanmereka.

"Rasulullahbersabda lagi, "Para malaikat penjaga akan naik membawa amal perbuatanpara hamba dari puasanya, solatnya, dermanya dan sebagainya. 

Paramalaikat itu mempunyai suara seperti suara lebah dan mempunyai sinarmatahari dan bersama mereka itu 3,000 malaikat dan mereka membawa kelangit ketujuh."Malaikatyang diserahi ke langit berkata kepada para malaikat penjaga,"Berdirilah kamu semua dan pukulkanlah amal perbuatan ini ke mukapemiliknya dan semua anggotanya dan tutuplah hatinya, sungguh sayamenghalangi sampainya kepada Tuhan saya setiap amal perbuatan yangtidak dikehendaki untuk Tuhan selain daripada Allah (membuat sesuatuamal bukan kerana Allah)."

"Berlakuriak di kalangan ahli fiqh adalah kerana inginkan ketinggian supayamereka menjadi sebutan. Di kalangan para ulama pula untuk menjadipopular di kota dan di kalangan umum. Allah S.W.T telah memerintahkanagar saya tidak membiarkan amalnya melewati saya akan sampai selainkepada saya.

"Malaikat penjagamembawa amal orang-orang soleh dan kemudian dibawa oleh malaikat dilangit sehingga terbuka semua aling-aling dan sampai kepada AllahS.W.T. Mereka berhenti di hariban Allah dan memberikan persaksianterhadap amal orang tersebut yang betul-betul soleh dan ikhlas keranaAllah.

Kemudian Allah S.W.Tberfirman yang bermaksud, "Kamu semua adalah para malaikat Hafazdah(malaikat penjaga) pada amal-amal perbuatan hamba-Ku, sedang Aku-lahyang mengawasi dan mengetahui hatinya, bahawa sesungguhnya diamenghendaki amal ini bukan untuk-Ku, laknat para malaikat dan laknatsegala sesuatu di langit."

LUASNYA NERAKA ALLAH

Assalammualaikum. Sahabat semua. Bacalah. Ya Allah, takutnyer... bacalah sampai habis.. sekejap sahaja.. tak sampai 5 minit pun!!!

YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM, lindungilah dan peliharakanlah kami, kedua ibubapa kami, isteri kami, anak-anak kami, kaum keluarga kami & semua orang Islam dari azab seksa api nerakaMu YA ALLAH.

Sesungguhnya kami tidak layak untuk menduduki syurgaMu YA ALLAH, namun tidak pula kami sanggup untuk ke nerakaMu YA ALLAH. Ampunilah dosa-dosa kami, terimalah taubat kami dan terimalah segala ibadah dan amalan kami dengan RAHMATMU YA ALLAH......AMIN.......LUASNYA NERAKA ALLAH

Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata: Jibrail datang kepada Nabi saw pada waktu yg ia tidak biasa datang dalam keadaan berubah mukanya, Maka ditanya oleh nabi s.a.w.: "Mengapa aku melihat kau berubah muka?"Jawabnya: "Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh supaya dikobarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yg mengetahui bahawa neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur itu benar, dan siksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa aman dari padanya."

Lalu nabi s.a.w. bersabda: "Ya Jibrail, jelaskan padaku sifat Jahannam,"* Jawabnya: "Ya. Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan selama seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakar penduduk dunia semuanya kerana panasnya.

Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu baju ahli neraka itu digantung di antara langit dan bumi nescaya akan mati penduduk bumi kerana panas dan basinya.Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu pergelangan dari rantai yg disebut dalam Al-Quran itu diletakkan di atas bukit, nescaya akan cair sampai ke bawahbumi yg ke tujuh.

Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan seorang di hujung barat tersiksa, nescaya akan terbakar orang-orang yang di hujung timur kerana sangat panasnya. Jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya besi dan minumannya air panas campur nanah dan pakaiannya potongan-potongan api.Api neraka itu ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada bahagiannya yang tertentu dari orang laki-laki dan perempuan.

"Nabi s.a.w. bertanya: "Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu rumah kami?"Jawabnya: "Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya di bawah dari lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun, tiap pintu lebih panas dari yang lain 70 kali ganda." (nota kefahaman: iaitu yg lebih bawah lebih panas)Tanya Rasulullah s.a.w.: "Siapakah penduduk pintu masing-masing?"Jawab Jibrail: "Pintu yg terbawah untuk orang-orang munafik, dan orang-orang yg kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat nabi Isa a.s. serta keluarga Fir'aun sedang namanya 

Al-Hawiyah.Pintu kedua tempat orang-orang musyrikin bernama Jahim.
Pintu ketiga tempat orang shobi'in bernama Saqar.Pintu ke empat tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum majusi bernama Ladha.Pintu kelima orang yahudi bernama Huthomah.Pintu ke enam tempat orang nasara bernama Sa'eir."Kemudian Jibrail diam segan pada Rasulullah s.a.w. sehingga ditanya: "Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ke tujuh?"Jawabnya: "Di dalamnya orang-orang yg berdosa besar dari ummatmu yg sampai mati belum sempat bertaubat.

"Maka Nabi s.a.w. jatuh pingsan ketika mendengar keterangan itu, sehingga Jibrail meletakkan kepala Nabi s.a.w. di pangkuannya sehingga sedar kembali.Kemudian Nabi s.a.w. menangis, Jibrail juga menangis, kemudian Nabi s.a.w. masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyang kemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang dan bila sembahyang selalu menangis dan minta kepada Allah.(dipetik dari kitab 'Peringatan Bagi Yg Lalai'. Menurut Syeikh Ihsan bin Muhamad bin 'Ayis al-Utaibi, hadis ini adalah hadis dhoif. Hadis dhoif boleh dijadikan panduan/penggalak untuk beramal tetapi ia tidak boleh digunakan sebagai hujjah)

Dari Hadith Qudsi: Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat sedangkan kamu tak dapat bertahan dengan panasnya terik matahari Ku.Tahukah kamu bahawa neraka jahanamKu itu:1. Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat2. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah5. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum8. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor ular9. Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta mengandungi lautan racun yang hitam pekat.10. Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 rantai11. Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat

"Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayat, sesudah Kami terangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk." - [2:159]

SEPULUH ORANG YANG MAYATNYA TIDAK BUSUK DAN TIDAK REPUT DI HARI QIAMAT KELAK!Disebutkan di dalam satu riwayat, bahawasanya apabila para makhluk dibangkitkan dari kubur, mereka semuanya berdiri tegak di kubur masing-masing selama 44 tahun UMUR AKHIRAT dalam keadaan TIDAK MAKAN dan TIDAK MINUM, TIDAK DUDUK dan TIDAKBERCAKAP.Bertanya orang kepada Rasulullah saw : "Bagaimana kita dapat mengenali ORANG-ORANG MUKMIN kelak di hari qiamat?"Maka jawabnya Rasulullah saw: "Umatku dikenali kerana WAJAH mereka putih disebabkan oleh WUDHU'."Bila qiamat datang maka malaikat datang ke kubur orang mukmin sambil membersihkan debu di badan mereka KECUALI pada tempat sujud. Bekas SUJUD tidak dihilangkan.Maka memanggillah dari zat yang memanggil. Bukanlah debu itu dari debu kubur mereka, akan tetapi debu itu ialah debu KEIMANAN mereka.

Oleh itu tinggallah debu itu sehingga mereka melalui titian' Siratul Mustaqim dan memasuki Alam SYURGA. Sehingga setiap orang melihat para mukmin itu mengetahui bahawa mereka adalah pelayan Ku dan hamba-hamba Ku.Disebutkan oleh hadith Rasulullah saw bahawa sepuluh orang yang mayatnya TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT dan akan bangkit dalam tubuh asal diwaktu mati :-1. Para Nabi2 Para Ahli Jihad3. Para Alim Ulama4. Para Syuhada5. Para Penghafal Al Quran6. Imam atau Pemimpin yang Adil7. Tukang Azan8. Wanita yang mati kelahiran/beranak9. Orang mati dibunuh atau dianiaya10. Orang yang mati di siang hari atau di malam Jumaat jika mereka itu dari kalangan orang yang beriman.Didalam satu riwayat yang lain dari Jabir bin Abdullah ra sabda Rasulullah saw: Apabila datang hari QIAMAT dan orang-orang yang berada di dalam kubur dibangkitkan maka Allah swt memberi wahyu kepada Malaikat Ridhwan: "Wahai Ridhwan, sesungguhnya Aku telah mengeluarkan hamba-hamba Ku berpuasa ( Ahli Puasa ) dari kubur mereka di dalam keadaan letih dan dahaga. Maka ambillah dan berikan mereka segala makanan yang digoreng dan buah-buahan SYURGA."Jika Malaikat Ridhwan berjumpa mukmin maka dia memberi makanan itu kepada mereka sambil mengucap sebagaimana yang difirman oleh Allah swt:

"Makan dan minumlah dengan sedap disebabkan AMAL yang telah kamu kerjakan pada HARI yang telah LALU itu." - [69:24]

UNTUK RENUNGAN DAN AMALAN BERSAMA.
Doa Nabi Yunus dalam perut ikan nun:
"LAA ILAHA ILLA ANTA SUBHANAKA INNI KUNTU MINALZHAALIMIIN" - [21:87]
Mudah-mudahan ini dapat menimbulkan keinsafan kepada kita semua. Wallahua'lam.* Menurut koleksi 100 Hadis Dha'if dan Palsu yang telah dihimpunkan oleh Syeikh Ihsan bin Muhamad bin 'Ayis al-Utaibi, hadis diatas adalah hadis dhaif.

Demi masa, sesungguhnya manusia itu dalam kerugian!

Bismillah.PercaturanAtas lamparan putih ini akan saya sampaikan apa yang saya rasa betul, dan apa yang saya kira bakal membantu kalian dalam penjagaan masa. Ayat di atas jelas menerangkan kepada kita akan kepentingan masa di sisi islam. Mahukah kita digelar sebagai golongan yang rugi? golongan yang tidak beroleh kejayaan? golongan yang senantiasa dibelenggu kecelakaan dan kehancuran? Sedarlah wahai manusia, kita hidup di atas bumi ini bertunjangkan akan perhubungan masa. Terus, wujud kata-kata hikmah seperti "masa itu emas" yang menekankan akan kepentingan masa bagi kita sebagai komuniti muslim yang berjalan di atas alam ciptaan Al-Khaliq.Kehidupan kita bergantung sepenuhnya pada persoalan ini, "Bagaimana cara anda menguruskan masa?". Dalam ayat di atas juga, Allah mengingatkan kita sesungguhnya kita berada dalam kerugian, kerana gagal dalam percaturan masa. Pada hari ini, ramai manusia yang leka, leka akan 'kecantikan' dunia, membuang masa dengan melepak, menganggu kehidupan orang lain, mengeluarkan kata-kata yang tidak berfaedah, menabur fitnah dan pelbagai perlakuan yang ditegah di dalam Islam. Adakah kita tergolong dalam golongan yang dibenci Allah ini? Sedarlah bahawa kehidupan ini terlalu singkat dan hanyalah sebagai platfom persinggahan bagi kita untuk beramal dan memuji kebesaran Al-Malik. Namun, berbahagialah kepada mereka yang tahu akan kepentingan masa, tidak mensia-siakan kehidupan yang dianugerahkan kepada mereka.PerjalananDalam satu hadis Rasulullah s.a.w. baginda memberi galakan kepada kita supaya memanfaatkan masa dengan sebaik mungkin. Sabda baginda:"Manfaatkanlah lima masa sebelum datang lima masa; Masa hidup kamu sebelum datang saat mati kamu, masa sihat kamu sebelum datang masa sakit kamu, masa lapang kamu sebelum datang masa sibuk kamu, masa muda kamu sebelum datang masa tua kamu, masa kamu kaya sebelum datang masa kamu ditimpa miskin."(Hadis riwayat Imam al-Hakim dan al-Baihaqi dari Ibnu Abbas r.a.)
Demi Masa,RaihanSecara ringkasnya, kita ditekankan untuk menggunakan masa dengan sebaiknya sebelum kelima-lima keadaan tersebut mengetuk pintu kehidupan kita, iaitu sewaktu kita punya masa untuk diuruskan. Sepanjang perjalanan kita sebagai manusia, mula dengan kelahiran, diselangi dengan proses tumbesaran dan pematangan minda, hadirnya cinta dan dihubungkan pertalian dan ditutupi dengan kematian, kita akan sentiasa berhubung dengan masa dari saat kita dibuai manja sehingga ke pintu kematian.Ketahuilah bahawa, kalian akan dihisabkan atas setiap detik masa yang kalian lalui semasa perjalanan kehidupan. Dalam hadis baginda: "Tidak akan berganjak dua kaki seorang hamba Allah (dari tempat hisab di padang mahsyar) sebelum ia ditanya berkenaan: Umurnya (yakni masa-masa di sepanjang umurnya); bagaimana ia habiskannya? Ilmunya; bagaimana ia amalkannya? Hartanya; dari mana ia perolehi dan cara mana ia belanjakannya?Tubuh-badannya; bagaimana ia gunakannya?(Hadis riwayat Imam at-Tirmizi dari Abi Barzah Nadhlah ibn Abid al-Aslami)Pengurusan masaAllah telah berfirman, maksudnya:"Ar-Rahman telah mengajarkan al-Quran. Telah menjadikan Insan (manusia) sebagai makhluk yang mempunyai akal fikiran. Matahari dan bulan (beredar) dengan perhitungan. Bintang-bintang dan pohon-pohon kedua-duanya bersujud (kepada Allah s.w.t). Langit (alam raya) ditinggikan-Nya, dan diadakan neraca Keadilan. Supaya kamu jangan aniaya dalam neraca timbangan. Dirikanlah timbangan dengan adil dan janganlah kamu merugikan pada timbangan. Bumi ditetapkanNya untuk makhlukNya, padanya ada buah-buahan dan pohon kurma yang mempunyai mayang (kelopak). Biji-bijian yang mempunyai daun ditangkainya dan harum-haruman. Maka nikmat Allah yang mana lagi yang hendak kamu dustakan?(Ar-Rahman:1-13) Kelebihan kita dari makhluk-makhluk lain adalah akal fikiran, keupayaan untuk membezakan mana yang benar dan mana yang batil, serta kepintaran dalam menyelesaikan masalah. Memandangkan kita telah dikurnaikan dengan akal fikiran, sepatutnya kita sedar akan pengaruhnya dalam Islam. Kita seharusnya menggunakan masa yang kita ada untuk beramal, mendekatkan diri dengan Allah SWT serta mengejar matlamat hidup sebagai seorang muslim iaitu untuk mengejar kebahagian di dunia dan di akhirat serta beroleh keredhaan dari-Nya.Untuk itu, kita perlu ambil peluang yang ada dengan menyusun strategi penggunaan masa. Di sini akan saya ringkaskan langkah-langkah pengurusan masa yang efektif yang telah saya pelajari dari artikel 6 Tips for Better Time Management, hasil nukilan John Casey.1. Sediakan sebuah diari masaJujur dalam menyenaraikan semua aktiviti harian, dari waktu makan, waktu menonton tv kepada waktu tidur, catitkan semua agar proses perancangan dapat dilakukan dengan mudah.2. Belajar untuk berkata "Tidak!"Disiplinkan diri untuk menolak segala aktiviti yang bakal menganggu pengurusan masa, aktiviti yang dimaksudkan di sini ialah aktiviti yang boleh dielak dan boleh untuk tidak dilakukan. Fokuskan minda terhadap matlamat harian, matlamat yang perlu dicapai dan yang perlu dilaksanakan.3. Sediakan senarai 'Apa yang perlu dilaksanakan'Dalam bab ini, izinkan saya pula berkongsi. Cara yang saya aplikasikan dalam kehidupan seharian adalah dengan menyediakan buku nota kecil. Senaraikan apa yang perlu dilakukan pada hari tersebuat pada awal pagi, dan potong apa yang telah dilaksanakan. Diri akan akan termotivasi dengan sendirinya apabila melihat perkara-perkara yang telah dilaksanakan dipotong daripada senarai tersebut.4. Biar teknologi membantumuTeknologi masa kini banyak membantu pengurusan masa. Jika kalian mampu, cuba dapatkan perisian penjadualan persendirian yang dapat mengurangkan permasalahan dari segi pengurusan waktu.5. Perlaksanaan secara serentakTerdapat beberapa aktiviti yang dapat digabungkan agar masa dapat dijimatkan, seperti mendengar kepada buku melalui MP3. Namun kalian perlu bijak dalam menjalankannya, jangan pula menjawab telefon ketika sedang memandu yang bakal mengundang kepada kemalangan.6. Jauhi sifat 'Perfectionist'Tidak salah untuk menjadinya, namun harus diingatkan bahawa sikap ini juga bakal mengundang kepada kehilangan masa yang bernilai serta tekanan akibat diri yang terlalu teliti dalam setiap perkara.Selesai sudah, namun harus diingatkan juga untuk terus menghargai setiap usaha yang telah dilaksanakan dengan membelikan hadiah kepada diri sendiri atas kejayaan dalam menghargai masa.Diharap agar apa yang telah disampaikan ini mampu mengubah persepsi kalian terhadap kepentingan masa dan terus menghargai masa yang telah Allah sediakan untuk kita agar kita beroleh kejayaan di dunia dan di akhirat, insyaAllah.Segala kesilapan dan kesalahan maklumat harap dapat dimaafkan, saya yang masih belajar.