17 Januari 2016
Kematian
Mempersiapkan kematianmu adalah lebih baik daripada meraikan kelahiranmu, kata seorang teman.
16 Januari 2016
15 Januari 2016
Mengapa Jiwa Tidak Tenang?
Sebab
Jiwa Tidak Tenang
1.
Banyak menzalimi orang
2. Banyak membuat dosa
3. Menghina dan menzalimi ibu atau bapa
4. Menzalimi dan menghina guru terutama guru yang menunjukkan kita ke jalan Akhirat
5. Tidak percaya wujudnya Allah Taala
6. Tidak mengharap lagi pertolongan Allah
7. Orang yang kena uji bila imannya lemah atau tidak beriman
2. Banyak membuat dosa
3. Menghina dan menzalimi ibu atau bapa
4. Menzalimi dan menghina guru terutama guru yang menunjukkan kita ke jalan Akhirat
5. Tidak percaya wujudnya Allah Taala
6. Tidak mengharap lagi pertolongan Allah
7. Orang yang kena uji bila imannya lemah atau tidak beriman
Ketenangan
itu berpusat atau berpaksi di dalam hati nurani. Ia perlu dijaga, kerana bila
hilang ketenangan, hilanglah kebahagiaan. Bila hilang kebahagiaan, tidak ada
lagi keindahan di dalam kehidupan sekalipun mempunyai kekayaan, duduk di dalam
istana yang indah, memiliki isteri yang cantik, ada kuasa.
Bila ketenangan hati tidak ada, sentiasa keluh-kesah, apa sahaja
dibuat serba tidak kena, makan rasa tidak sedap, tidur tidak lena, membuat
sesuatu perkara tidak ada penumpuan lagi, selalu sahaja termenung, orang
bercakap kurang diambil perhatian, sumbang di dalam pergaulan, membaca
mengganggu untuk memahami, kawan-kawan ikut risau, mudah marah-marah, suka
bersendiri, mudah merajuk, mudah tersinggung, tidak tahan sabar, tidak tahan
tercabar, mudah jemu membuat kerja, makan minum, pakaian dan badan tidak
terurus, kurang bertanggungjawab, tidak suka bercakap.
Orang yang berada di dalam tidak ketenangan, jika
ketidaktenangan itu kuat dan kurang pula pelajaran selalunya tidak boleh
dikontrol rasa tidak tenang itu, sama ada di waktu ramai mahupun di waktu
keseorangan, sentiasa nampak muram, susah hatinya amat ketara, orang ramai
perasan.
Jika dia seorang cerdik dan pandai atau ada status di dalam
masyarakat mungkin setengah orang dia boleh kontrol.
Di tengah ramai dia boleh sembunyikan ketidaktenangannya itu
untuk menjaga wibawa atau status diri, tapi bila waktu keseorangan dia mulalah
termenung.
Kesusahan hatinya nampak dilihat di air mukanya.
Ada setengah orang mukanya cantik, orangnya periang, happy go
lucky, ada kalanya susah juga dikesan. Tapi kalau dia tidak boleh kontrol,
lihat muka dapat dikesan.
Maka seorang yang periang tiba-tiba jadi pendiam, hilang riang,
suka bersendiri, gurauan sudah tidak ada, anak isteri mula risau, kawan-kawan
susah hati.
Untuk menghilangkan rasa tidak tenang itu, keluarlah daripada
menzalimi dan memohon maaf kepada orang yang kita zalimi itu. Tinggalkan
membuat dosa kemudian kembali berpegang dan bersandar kepada Allah SWT.
Insya-Allah ketidaktenangan akan hilang.
(Perkongsian daripada FB Wan Mohd Sofian)
Ulang tahun kelahiran
Ulang tahun kelahiran kita ialah 'ulang tahun melahirkan' bagi ibu kita. Hari ulang tahun kita adalah adalah juga hari untuk kita mengenangkan saat-saat getir ketika kita dikeluarkan dari perut ibu yang melahirkan kita. Sungguh, kita dapat keluar dan melihat dunia ini melalui perantaraan ibu yang melahirkan kita.
Sempena hari ulang tahun kelahiran saya hari ini, saya ingin sekali memeluk dan mendakap ibu. Saya rindukan ibu. Tetapi Allah s.w.t lebih menyayanginya. Ibu, aku merinduimu dalam tiap-tiap doaku. Aku sayang ibu.
Sempena hari ulang tahun kelahiran saya hari ini, saya ingin sekali memeluk dan mendakap ibu. Saya rindukan ibu. Tetapi Allah s.w.t lebih menyayanginya. Ibu, aku merinduimu dalam tiap-tiap doaku. Aku sayang ibu.
13 Januari 2016
12 Januari 2016
Hidup dan Mati
Hidup dan Mati adalah dua sahabat yang tidak pernah bertemu serentak, tetapi saling mengenali dan memerlukan.
11 Januari 2016
Gelanggang Takdir
GELANGGANG TAKDIR
Hidup – sebuah pertaruhan
di gelanggang takdir
bermain dengan nasib dan
ketentuan
tika mendepani lawan.
Riuh penonton bersorak
menyaksikan perlawanan
yang menang mendapat tepukan
yang kalah harus berserah.
Takdir memerhatikan
sekian banyak peserta
gembira atau kecewa
sesudah menang atau kalah.
Barangkali takdir sedang
ketawa atau sinis
ketika kau sedang mengeluh
atau menangis.
Jika kau menang
pulanglah dengan tenang
jika kau kalah
pulanglah tanpa rasa kecewa.
Takdir sedang memilihmu
menjadi tabah dan teruji.
10 Januari 2016
Impian dan Angan-angan
Impian dan angan-angan
ibarat gugusan bintang
yang bertebaran di langit
tidak semua dapat digapai
tidak semua mampu dicapai
tidak semua harus dicapai
mungkin hanya sebutir bintang
selebihnya cukuplah sekadar untuk dilihat.
ibarat gugusan bintang
yang bertebaran di langit
tidak semua dapat digapai
tidak semua mampu dicapai
tidak semua harus dicapai
mungkin hanya sebutir bintang
selebihnya cukuplah sekadar untuk dilihat.
09 Januari 2016
Mencari Akar Kejujuran
Kejujuran. Apakah definisi anda tentang kejujuran. Setiap orang barangkali memiliki definisi atau takrifan sendiri tentang kejujuran.
Bersikap jujur sebenarnya adalah amalan mulia dan dituntut dalam agama. Tetapi dalam konteks kehidupan sebenar, nilai kejujuran ini sangat menguji kita. Tidak semua orang akan menerima kenyataan yang jujur secara positif. Sesetengah orang mungkin melihatnya dari sudut negatif dan tidak suka menerima kebenaran yang diperkatakan.
Kita biasa terdengar orang menyebut bahawa kejujuran dan kebenaran itu pahit. Meluahkan sesuatu yang jujur barangkali menyebabkan orang lain tidak menyukainya, malah membenci apa yang kita perkatakan. Demi menjaga hati mereka, maka kita tidak menyebut semua perkara. Ada perkara terpaksa ditapis. Maknanya kejujuran itu ada had dan batasannya.
Akar kejujuran terlalu dalam untuk diselami kerana realitinya sebahagian manusia mahu menjaga hubungan sesama keluarga, jiran tetangga, rakan-rakan, majikan dalam sebagainya.
08 Januari 2016
Pengalaman, Guru yang Sejati
Pengalaman itu sebenarnya tidak dapat dibeli. Ia mesti dialami dan proses untuk kita menjadi dewasa tentu sekali melalui pengalaman hidup kita.
07 Januari 2016
KENANGAN
Kukira kenangan pahit itu
adalah sampah peninggalan masa lalu
yang menyakitkan.
Menyimpannya menyakitkan
membakarnya menyakitkan.
Lalu kukafankan semua kenangan
dalam keranda indah
kusemadikan
di dasar lautan.
adalah sampah peninggalan masa lalu
yang menyakitkan.
Menyimpannya menyakitkan
membakarnya menyakitkan.
Lalu kukafankan semua kenangan
dalam keranda indah
kusemadikan
di dasar lautan.
06 Januari 2016
04 Januari 2016
Adakah Keadilan Di Dunia Ini?
"Tidak ada keadilan di dunia ini." Begitu kata seorang kawan ketika saya bercerita dengannya. Sebenarnya saya menyukai kata-kata itu kerana semalam, saya juga terfikir tentang hal tersebut sebelum tidur. Entah bagaimana hal sebegini tiba-tiba masuk ke kepala. Dalam hati saya, dunia bukan tempat untuk kita menuntut keadilan, sedangkan mahkamah juga tidak dapat menjamin keadilan, maka di mana keadilan? Keadilan yang hakiki hanya ada di akhirat nanti.
Saya pesan pada diri, tidak mengapa jika keadilan tidak menyebelahi kita, apa yang lebih penting biarlah kita lakukan sahaja kerja kita sebaiknya.
03 Januari 2016
Hidup Sekadar Persinggahan
Seorang ustaz dalam ceramahnya dua hari lepas menyentuh perihal dunia yang sementara ini. Ya, sudah sering kali diingatkan bahawa dunia hanyalah satu persinggahan sementara yang akan kita tinggalkan kelak. Banyak pancaroba, godaan dan kepalsuan di dunia ini. Ambillah sekadar yang kita perlu sahaja dan jangan dijadikan ia sebagai tujuan atau matlamat hidup. Ambillah yang membawa manfaat demi kesenangan akhirat. Dunia, semakin dikejar semakin melalaikan dan meletihkan.
Pesan pada diri, usah memandang dunia sebagai tujuan atau matlamat utama kerana kelak kita akan tinggalkan dunia ini. Akhirat itulah yang kekal abadi. Justeru mari kita pasangkan niat untuk mengambil sekadar yang perlu sahaja di dunia ini demi kesenangan akhirat.
Pesan pada diri, usah memandang dunia sebagai tujuan atau matlamat utama kerana kelak kita akan tinggalkan dunia ini. Akhirat itulah yang kekal abadi. Justeru mari kita pasangkan niat untuk mengambil sekadar yang perlu sahaja di dunia ini demi kesenangan akhirat.
02 Januari 2016
DEMI MASA
Hari ini sudah masuk hari kedua, bagi tahun 2016. Tak terasa sangat perjalanan waktu sungguh cepat. Menghitung bilangan hari sahaja yang rasanya seperti panjang, tapi melaluinya seperti tidak dirasa.
Kata orang, bila kita benar-benar memanfaatkan masa yang kita ada dengan hal-hal yang berfaedah, ia akan menjadi sesuatu yang juga mendatangkan manfaat dan keberkatan kepada kita. Misalnya, bila kita benar-benar menjaga waktu solat dan solat pada awal waktu sehingga ia menjadi amalan kita, kita akan dapat merasa masa itu lebih panjang dan lebih banyak perkara baik dapat dilakukan. Sebenarnya itulah keberkatan.
Pesan pada diri, manfaatkan setiap masa dan saat yang ada dalam hidup ini sebaik mungkin. Ingat masa yang berlalu tidak akan berulang walau sedetik cuma.
Ingatlah lima perkara, sebelum datangnya lima perkara.
01 Januari 2016
MENITI TAHUN BAHARU 2016
Sungguh pantas masa berlalu. Tahun 2015 baru saja meninggalkan kita.
2016 kini membuka tirainya.
Sejujurnya, biar saya katakan bahawa saya tidak punyai azam baharu tahun ini. Ya, tidak ada sesuatu yang lebih besar ingin saya lakukan melainkan satu istilah yang saya sebutkan sebagai 'istiqamah'. Istiqamah untuk menghadapi tahun 2016 dengan teratur dan konsisten.
Berazam untuk istiqamah sudah pun saya tanamkan pada diri sendiri sejak tahun-tahun lepas, tetapi nampaknya perlu diperbaharui. Kerana itu saya tidak katakan ia sebagai azam baharu, tetapi mungkin azam yang diberikan nafas baharu.
Mulakan dengan niat untuk berubah menjadi baik daripada tahun-tahun yang sudah. Niat yang baik serta amalan yang baik adalah lebih baik lagi jika dilakukan dengan istiqamah.
Pesan pada diri, melakukan sesuatu perkara walaupun sedikit atau kecil adalah lebih baik jika dilakukan secara berterusan, berbanding melakukan sesuatu yang banyak tetapi hanya sekali-sekala atau bermusim.
Moga-moga yang baik itulah menjadi amalan seharian kita. Insya-Allah.
Sempena tahun baharu ini, saya petik sebuah karya puisi saya yang pernah tersiar.
LEMBAR-LEMBAR BAHARU
(BH Ahad, 8 Februari 2015)
Langgan:
Ulasan (Atom)


