Bersikap jujur sebenarnya adalah amalan mulia dan dituntut dalam agama. Tetapi dalam konteks kehidupan sebenar, nilai kejujuran ini sangat menguji kita. Tidak semua orang akan menerima kenyataan yang jujur secara positif. Sesetengah orang mungkin melihatnya dari sudut negatif dan tidak suka menerima kebenaran yang diperkatakan.
Kita biasa terdengar orang menyebut bahawa kejujuran dan kebenaran itu pahit. Meluahkan sesuatu yang jujur barangkali menyebabkan orang lain tidak menyukainya, malah membenci apa yang kita perkatakan. Demi menjaga hati mereka, maka kita tidak menyebut semua perkara. Ada perkara terpaksa ditapis. Maknanya kejujuran itu ada had dan batasannya.
Akar kejujuran terlalu dalam untuk diselami kerana realitinya sebahagian manusia mahu menjaga hubungan sesama keluarga, jiran tetangga, rakan-rakan, majikan dalam sebagainya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan