12 Januari 2016
Hidup dan Mati
Hidup dan Mati adalah dua sahabat yang tidak pernah bertemu serentak, tetapi saling mengenali dan memerlukan.
11 Januari 2016
Gelanggang Takdir
GELANGGANG TAKDIR
Hidup – sebuah pertaruhan
di gelanggang takdir
bermain dengan nasib dan
ketentuan
tika mendepani lawan.
Riuh penonton bersorak
menyaksikan perlawanan
yang menang mendapat tepukan
yang kalah harus berserah.
Takdir memerhatikan
sekian banyak peserta
gembira atau kecewa
sesudah menang atau kalah.
Barangkali takdir sedang
ketawa atau sinis
ketika kau sedang mengeluh
atau menangis.
Jika kau menang
pulanglah dengan tenang
jika kau kalah
pulanglah tanpa rasa kecewa.
Takdir sedang memilihmu
menjadi tabah dan teruji.
10 Januari 2016
Impian dan Angan-angan
Impian dan angan-angan
ibarat gugusan bintang
yang bertebaran di langit
tidak semua dapat digapai
tidak semua mampu dicapai
tidak semua harus dicapai
mungkin hanya sebutir bintang
selebihnya cukuplah sekadar untuk dilihat.
ibarat gugusan bintang
yang bertebaran di langit
tidak semua dapat digapai
tidak semua mampu dicapai
tidak semua harus dicapai
mungkin hanya sebutir bintang
selebihnya cukuplah sekadar untuk dilihat.
09 Januari 2016
Mencari Akar Kejujuran
Kejujuran. Apakah definisi anda tentang kejujuran. Setiap orang barangkali memiliki definisi atau takrifan sendiri tentang kejujuran.
Bersikap jujur sebenarnya adalah amalan mulia dan dituntut dalam agama. Tetapi dalam konteks kehidupan sebenar, nilai kejujuran ini sangat menguji kita. Tidak semua orang akan menerima kenyataan yang jujur secara positif. Sesetengah orang mungkin melihatnya dari sudut negatif dan tidak suka menerima kebenaran yang diperkatakan.
Kita biasa terdengar orang menyebut bahawa kejujuran dan kebenaran itu pahit. Meluahkan sesuatu yang jujur barangkali menyebabkan orang lain tidak menyukainya, malah membenci apa yang kita perkatakan. Demi menjaga hati mereka, maka kita tidak menyebut semua perkara. Ada perkara terpaksa ditapis. Maknanya kejujuran itu ada had dan batasannya.
Akar kejujuran terlalu dalam untuk diselami kerana realitinya sebahagian manusia mahu menjaga hubungan sesama keluarga, jiran tetangga, rakan-rakan, majikan dalam sebagainya.
08 Januari 2016
Pengalaman, Guru yang Sejati
Pengalaman itu sebenarnya tidak dapat dibeli. Ia mesti dialami dan proses untuk kita menjadi dewasa tentu sekali melalui pengalaman hidup kita.
07 Januari 2016
KENANGAN
Kukira kenangan pahit itu
adalah sampah peninggalan masa lalu
yang menyakitkan.
Menyimpannya menyakitkan
membakarnya menyakitkan.
Lalu kukafankan semua kenangan
dalam keranda indah
kusemadikan
di dasar lautan.
adalah sampah peninggalan masa lalu
yang menyakitkan.
Menyimpannya menyakitkan
membakarnya menyakitkan.
Lalu kukafankan semua kenangan
dalam keranda indah
kusemadikan
di dasar lautan.
Langgan:
Ulasan (Atom)